Ke Senarai

Pengumuman


Yuran Tahunan 2022 (Tabung Khairat)

Kepada,
Semua Ahli Persatuan Khairat Kematian Bandar Baru Setia Awan Perdana Sitiawan Perak (PKKBBSAP)

YURAN TAHUNAN 2022 (TABUNG KHAIRAT)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Mengikut perlembagaan Fasal 5 Sumber Kewangan Tiap-tiap ahli hendaklah membayar yuran tahunan sebanyak RM 60 (RinggitMalaysia: Enam Puluh Sahaja) kepada Bendahari terlebih dahulu sebelum bulan 2 pada setiap tahun.

3. Butiran maklumat bank Persatuan seperti dibawah:

Nama Persatuan : Persatuan Khairat Kematian Bandar Baru Setia Awan Perdana Sitiawan Perak
Nama Bank : Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat)
No akaun bank : 1100277257

Sila pastikan tujuan pembayaran menggunakan Internet Banking bagi Yuran dan Tabung di catat “Yuran2022” dan nota tambahan “No Rumah dan Nama Jalan”. dan maklumkan kepada Bendahari Encik Zairi di talian 012-9228125 untuk pengeluaran resit.

4. Kerjasama dan keperihatinan daripada semua pihak amat diharapkan demi melancarkan urusan pentadbiran persatuan. Segala jasa baik dan kerjasama daripada ahli-ahli pihak persatuan dahului dengan ucapan terima kasih.

Disamping itu, kami juga meraikan segala sumbangan/infak dan jariah secara berasingan bagi menampung kos pengurusan. Sokongan dan kerjasama dari ahli kariah untuk memberikan komitmen dengan menyertai tabung ini amat dialu-alukan dan disanjung tinggi.

Sekian dan Terima Kasih

Daripada:
Encik Rizal Bin Nasarudin
Setiausaha Persatuan Khairat Kematian Bandar Baru Setia Awan Perdana Sitiawan Perak

RIZAL BIN NASARUDIN , dikemaskini pada 02 January, 2022 21:18. Mula-mula diumumkan pada 02 January, 2022 21:18.

ekhairat - © 2012 - 2024   Diuruskan oleh Quantum Digital International Sdn Bhd